Manusia, manusia, dan manusia.
Bukankah malaikat sudah berkata,
Manusia ini kerjanya bertelagah,
Mereka lupa siapa mereka,
Mereka rasa mereka juara,
Sampai mana juara mereka,
Pingat tiada,
Hadiah entah ke mana,
Kenapa mereka keras kepala,
Walaupun tahu mereka tak kena,
Cacian dihambur,
Makian dilontar,
Suara bergetar,
Bagai halilintar,
Semuanya persis,
Sapaan hamba,
Mengajak mereka,
Ingat semula,
Aku bukanlah nabi lantikan,
Apatah lagi ustaz handalan,
Aku hamba,
lemah dan hina,
Salahkan aku mengajak sahaja?
Apakah jika nabi berkata,
Ataupun jika ustaz menyapa,
Masihkah engkau mahu terasa?
Atau ia hanya propaganda,
Dirikau buat untuk kau elak.
Cacilah aku,
hinalah aku,
Meskipun aku berdiam dan kaku,
Sedangakan nabi dilontar batu,
Semua kerana Tuhan Yang Satu.
Bersukalah engkau meniti waktu,
Bergelumang dosa biarpun tahu,
Nasihat dipalu,
peringatan menjadi kelu,
Masa hancurmu tak kan menunggu.
Ibnu Ahmad, 18 Oktober 2011, Nizhniy Novgorod, Russia.



1 comments:
be strong n never give up..susah nk ajak org ke arah kebaikan.tapi kerja sbg daei ttap kena truskan.buat, buat, dan buat..doa, doa, dan doa..dugaan lumrah kehidupan..=)
Post a Comment