
Senyum dan sayu. Semua ini tatkala melihat gelagat mereka yang ceria di dalam Facebook. Aku tersenyum melihat mereka yang telah lama terputus hubungan kembali diteguhkan semula ukhuwah dengan facebook ini. Teringat kembali kenangan silam aku bersama mereka di zaman bangku sekolah lagi. Senang urat otot ini bekerja, terukir indah bak mawar yang mekar. (Aduh, jiwang la plak, ehem2)
Namun sayu tatkala lebih dalam meng`intip’ mereka. Inilah remaja. Nafsunya lebih menguasai hati dan akal. Definisi kesenorokannya adalah dari kamus nafsunya. Mereka sering lupa akan tugas dan tanggungjawab bagi mereka yang bergelar Islam. Ya, kita lupa dan sering lupa akan asal-usul diri. Remaja itu lupa dan lupa itu remaja. Namun lupa mereka adalah melampau, dan lebih disengajakan. Mereka juga lupa yang Allah sentiasa mengingatkan mereka dengan pelbagai cara, namun mereka lebih cenderung kepada 'lupa'. Tapi kenapa?
Kecewa tatkal melihat rakan-rakan lama yang seringkali lupa akan asal-usulnya. Mereka suka melakukan yang ditegah dan lupakan yang 'disuruh'. Bagi mereka, dunia ini nyata, dan mati itu fatamorgana. Akhirat itu hanyalah igauan mimipi buruk bagi mereka, manakala syurga itu tiket yang pasti di hari tua kelak. Tanyalah mereka, adakah Islam agama mereka? Pastinya anggukan yakin yang dibalas. Tapi, tanyakan mereka, kenapa Allah mereka lupakan? Mungkin inilah jawapan mereka:
"Ala, nanti ak taubat la,"
"Lek arrr, tua-tua nanti ak rajin la buat ibadah"
"Ko apa kisah, kubur masing-masing'"
"Kita enjoy dulu, tyme muda-muda ni"
Jawapan ini seolah-olah menggambarkan yang hidayah itu milik mereka. Seolah-olah syurga itu tiketnya dijual di pasar malam. Malangnya mereka yang bersikap sebegini. Apakah mereka tidak sedar Allah sedang memerhatikan setiap gerak-geri mereka. Apakah mereka tidak sedar antara perkara yang paling awal akan dihisab adalah perkara yang dilakukan di waktu muda. Sungguhkah mereka tidak sedar yang mereka dalam kerugian.
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." Surah Al-Asr, Ayat 1-3
Sedarlah wahai rakanku di luar sana, bertaubatlah segera. Sama-samalah kita kembali kepada Allah dan Sunnah Rasulullah. Kenangkanlah nikmatNya yang tidak terkira kepada kita. Renungkanlah kata-kata al-Imam Ghazali " yang jauh itu masa, yang dekat itu mati". Hentikanlah kemungkaran yang anda lakukan, kembalilah ke pangkal jalan, selagi Allah masih membuka pintu taubatnya. Ingatlah Allah itu Maha Pengampun, namun jaganlah kita lupa bahawa Allah itu Maha Membalas atas perbuatan yang kita lakukan. Yang hakiki itu akhirat, yang ilusinasi itu dunia.
"Maka apakah kamu mengira, bahawa Kami ciptakan kamu secara main-main sahaja, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?" Surah Al-Mukminn Ayat 115.
"(Ingatlah akan) hari (kiamat) yang (ada padanya ) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya , (mereka akan ditanya secara menempelak): 'Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu'" Surah A-Li'Imran, Ayat 106.



0 comments:
Post a Comment